TY - BOOK AU - Mohd. Kipli Abd. Rahman TI - Sinkritisme dalam Wayang Wong Johor SN - 9789838615051 U1 - 792.015 22 PY - 2012/// CY - Pulau Pinang PB - Universiti Sains Malaysia KW - Theater KW - Reviews KW - Malaysia KW - Wayang wong (Dance drama) N1 - Mengandungi indeks; Bibliografi: ms.[171]-174 N2 - Umumnya, teater tradisional di Malaysia dipengaruhi oleh kepercayaan Islam, animisme dan Hindu-Buddha. Percampuran ketiga-tiga pengaruh kepercayaan keagamaan ini memunculkan konsep sinkristisme. Wayang wong yang berasal dari Jawa, Indonesia merupakan salah satu bentuk teater tradisional yang terdapat di negeri Johor, Malaysia yang mengandungi konsep sinkristisme. Konsep ini terkandung dalam aspek kepercayaan yang membentuk kosmologi persembahan wayang wong seperti mitos, mistik, magis dan ritual. Aspek kepercayaan tersebut terkandung dalam cerita wayang wong yang berasaskan epik Mahabhrata dan Ramayana. Selain daripada cerita, aspek kepercayaan terdapat juga dalam struktur persembahan, watak, pelakon, peralatan muzik, kostum, props, dan panggung persembahan wayang wong. Sinkristisme kepercayaan dalam wayang wong pada asalnya dipengaruhi oleh keagamaan Hindu dan animisme. Namun, apabila kesultanan Jawa menerima kemasukan agama Islam maka pengaruh Islam mula diserapkan. Walaupun telah melalui sejarahnya yang panjang, wayang wong yang wujud di negeri Johor kini masih lagi dipengaruhi oleh fahaman Hindu-Buddha dan animisme. Sungguhpun begitu, keagamaan Islam lebih dominan mempengaruhi sinkristisme kepercayaan yang terkandung di dalamnya ER -