TY - BOOK AU - Lim,Seng Boon AU - Jalaluddin Abdul Malek TI - Pembangunan Bandar Pintar Berpusatkan Rakyat di MALAYSIA SN - 9789672517320 U1 - 307.1160 23 PY - 2022/// CY - Bangi, Selangor PB - Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia KW - Smart cities KW - Malaysia KW - City planning KW - Citizen participation KW - City and town life KW - Sustainable urban development KW - Sociology, Urban KW - Government publications N1 - Includes index; Bibliography: pages [333]-371 N2 - Buku ini ditulis berasaskan epistemologi pasca materialis dengan hakikat (ontologi) bahawa landasan kemunculan bandar pintar bertitik tolak daripada budaya kebendaan teknologi termaju seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Namun begitu sebagai pemikir pasca materialis metode pemahaman terhadap pembangunan bandar pintar lebih jauh daripada itu. Pembangunan bandar pintar tidak semestinya dilihat dari sudut perancangan ICT semata-mata, tetapi juga dilihat kepada yang lebih inklusif, komprehensif, kolaboratif dan simbiosis dengan kehidupan manusia yang sebenar. Justeru, Pembangunan bandar pintar berpusatkan rakyat (citizen-centrict Smart City) perlu diketengahkan dalam kerancakan budaya material bandar pintar di peringkat global, serantau dan lokal. Perkembangan mutakhir, pembangunan bandar pintar (smart city) semakin popular dan didominasi oleh teknologi termaju di bawah Fourth Industrial Revolution (4IR) seperti kecerdasan pintar dan IoT. Di bawah arus perbandaran pintar tekno-utopianisme 4IR tersebut, pihak berkepentingan dan berkuasa nampaknya lebih cenderung mengadakan usaha sama dengan sektor korporat teknologi termaju demi mencapai visi dan misi pentadbiran mereka. Namun, di pihak rakyat dan pihak awam seperti diabaikan malah penglibatan, kerjasama dan peranan mereka tidak begitu menonjol. Demi menyedarkan pihak berkepentingan tentang perlunya peranan rakyat dan pihak awam dalam kemajuan bandar pintar, buku ini mengemukakan satu alternatif nilai (axiologi) pemikiran humanisme yang menekan konsep ‘berpusatkan rakyat’ dalam pembangunan bandar pintar. Konsep berpusatkan rakyat ini adalah bertepatan dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam menekankan aspek keterangkuman, iaitu kefahaman, jenis dan proses penglibatan, serta peranan dan sikap rakyat berkenaan. Model bandar pintar berpusatkan rakyat yang dikemukakan dalam buku ini menekankan elemen pintar insan, tadbir urus yang wajar dan unik. Berbeza dengan model bandar pintar yang bertunjang teknologi termaju. Selain itu, buku ini dapat membuka minda awam kepada pemikiran ‘bersama rakyat’ demi merealisasikan budaya muafakat dalam hal membangunkan bandar pintar ER -