TY - BOOK AU - Ajwad Shafie, AU - Zamri Mohamad, TI - Seni Menulis Buku Pertama SN - 9786299543497 U1 - 808.02 23 PY - 2026/// CY - Kuala Lumpur PB - Studio Buku Publika KW - Authorship KW - Creative writing KW - Writing KW - Technique N2 - Akhirnya… Buku Pertama Itu Boleh Disiapkan Bukan sebab anda tiba-tiba ada banyak masa. Bukan sebab anda terus jadi penulis hebat. Tetapi kerana anda akhirnya tahu langkah demi langkah untuk menulis sehingga siap. Buku Seni Menulis Buku Pertama ditulis khusus untuk mereka yang: Sudah lama menyimpan impian menulis buku Ada idea tetapi tidak tahu mahu mula dari mana Selalu menangguh dan tidak pernah siap Takut tulisan tidak cukup bagus Mahu menulis, tetapi hidup terlalu sibuk Buku ini bukan sekadar motivasi. Ia ialah panduan praktikal lengkap untuk membantu anda menulis buku pertama dengan lebih jelas, tersusun dan realistik. Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Buku Ini? Sebelum Menulis Belajar bagaimana untuk: Cari idea buku yang sesuai Kenal pasti pembaca sasaran Susun isi kandungan dengan lebih mudah Elakkan perangkap yang menyebabkan ramai penulis berhenti di tengah jalan Rancang proses menulis secara lebih tersusun Semasa Menulis Anda akan belajar: Teknik menulis draf pertama tanpa overthinking Cara melawan writer’s block Strategi menulis walaupun sibuk bekerja dan berkeluarga Teknik voice writing untuk menulis lebih cepat Cara membina disiplin dan konsisten menulis setiap hari Selepas Menulis Buku ini juga membantu anda memahami: Suntingan manuskrip Cara mendapatkan maklum balas pembaca Penerbitan dan pengedaran buku Strategi pemasaran dan jualan buku pertama Semua ini disusun dalam bentuk langkah demi langkah supaya lebih mudah difahami dan terus dipraktikkan. Buku Ini Ditulis Untuk Anda yang… ✅ Selalu fikir: “Aku nak menulis buku… tapi aku rasa belum cukup bagus.” ✅ Ada banyak idea tetapi semuanya tinggal dalam nota telefon. ✅ Sudah masuk macam-macam kelas penulisan tetapi masih belum berjaya siapkan manuskrip. ✅ Mahu tinggalkan sesuatu yang bermanfaat melalui penulisan. ✅ Mahu buku pertama siap — walaupun menulis sedikit demi sedikit setiap hari. Kenapa Ramai Penulis Suka Buku Ini? “Semangat saya untuk menulis buku solo pertama menyala semula. Saya sedar terlalu banyak masa terbuang kerana menunggu semuanya sempurna.” — Nurul Suhadah Shuib “Buku ini bukan sekadar mengajar teknik, tetapi membantu saya kembali percaya pada proses menulis dan terus bergerak tanpa berhenti.” — Ainah Nadia Abu Bakar “Pendekatan yang praktikal ini memberi gambaran menyeluruh tentang aliran kerja penulisan daripada peringkat idea hingga ke proses menyiapkan dan menerbitkan naskhah.” — Hifzs Hidayah Buku Ini Bukan Tentang Menjadi Sempurna Salah satu perkara paling penting yang ditekankan dalam buku ini ialah: “Tulis dahulu, siapkan dahulu. Boleh diperbaiki kemudian.” Ramai orang sebenarnya mampu menulis. Tetapi mereka berhenti kerana terlalu banyak berfikir sebelum bermula. Buku ini membantu anda keluar daripada perangkap itu. 🎯 Sesuai Untuk: Penulis baru Penulis swaterbit Guru & pendidik Freelancer Content creator Penceramah Pengasas bisnes Individu yang mahu berkongsi pengalaman hidup melalui penulisan Apa yang Anda akan Dapat? ✔ Panduan lengkap proses menulis buku ✔ Teknik praktikal yang mudah terus buat ✔ Struktur penulisan langkah demi langkah ✔ Pelan tindakan dan latihan refleksi ✔ Strategi menulis walaupun sibuk ✔ Inspirasi untuk siapkan manuskrip pertama Jangan Tunggu “Sedia” Penulis tidak lahir kerana yakin. Penulis lahir kerana mereka mula menulis. Hari ini mungkin hari pertama anda benar-benar serius mahu menyiapkan buku sendiri. Dan mungkin… buku ini ialah permulaan kepada perjalanan itu ER -