TY - BOOK AU - Mazniza Mohd. Nor, TI - Seni Swaterbit Buku Pertama SN - 9786297957012 U1 - 070.593 23 PY - 2026/// CY - Kuala Lumpur PB - Studio Buku Publika KW - Self-publishing KW - Authorship KW - Book industries and trade N2 - Jangan Hanya Menulis, Terus Terbit. Ramai orang mahu menulis buku. Tetapi tidak ramai yang benar-benar tahu bagaimana mahu menerbitkannya dengan betul. Ada yang manuskrip sudah siap… tetapi tersangkut bertahun-tahun. Ada yang terlalu takut bermula kerana rasa proses penerbitan terlalu rumit. Ada juga yang akhirnya menerbitkan buku sendiri — tetapi kecewa kerana buku tidak berkualiti atau tidak terjual. Seni Swaterbit Buku Pertama ditulis untuk membantu penulis menghadapi semua proses ini dengan lebih jelas, tersusun dan profesional. Buku Ini Bukan Sekadar Tentang Menulis Buku ini ialah panduan lengkap tentang bagaimana mahu: Menulis manuskrip yang bersedia diterbitkan Memahami proses swaterbit sebenar Mengurus penerbitan buku secara profesional Mengelakkan kesilapan mahal dalam percetakan Menentukan harga jual yang betul Memasarkan buku dengan lebih strategik Membina jenama sebagai penulis swaterbit Daripada idea pertama… sehinggalah buku sampai ke tangan pembaca. Apa Itu “Seni Swaterbit”? Ramai orang sangka swaterbit cuma bermaksud: “Terbit buku sendiri.” Tetapi dalam buku ini, penulis menjelaskan bahawa swaterbit sebenarnya ialah satu seni. Seni menghasilkan buku yang: berkualiti, profesional, bernilai, dan setanding dengan buku penerbit besar. Kerana hakikatnya: “Menulis adalah seni, menerbitkan adalah perniagaan.” Buku Ini Sesuai Untuk: ✅ Penulis baru yang mahu terbitkan buku pertama ✅ Penulis swaterbit yang mahu naik taraf kualiti buku ✅ Usahawan yang mahu gunakan buku untuk branding ✅ Jurulatih, coach & penceramah ✅ Freelancer & content creator ✅ Individu yang mahu faham industri penerbitan dengan lebih mendalam Apa yang Ada dalam Buku Ini? Bahagian 1 — Prapenerbitan Belajar tentang: Mindset penulis swaterbit Sasaran pembaca Objektif buku Cara menghasilkan manuskrip yang lebih bersedia diterbitkan Bahagian 2 — Penerbitan Buku ini membimbing anda memahami: Penyuntingan profesional Layout dan reka letak Kulit buku yang menjual ISBN, PDP dan hak cipta Percetakan dan spesifikasi buku Kos penerbitan dan strategi harga jual Bahagian 3 — Post-Penerbitan Anda juga akan belajar: Strategi jualan dan pengedaran Pemasaran untuk penulis baru Cara memperkenalkan buku kepada pembaca Semua disusun berdasarkan proses sebenar penerbitan buku di Malaysia. Ditulis Berdasarkan Pengalaman Sebenar Industri Mazniza Mohd Nor telah menguruskan lebih daripada 600 buah buku sepanjang penglibatan beliau dalam industri penerbitan sejak tahun 2009. Pengalaman sebagai: editor, konsultan penerbitan, jurulatih, dan pengurus projek buku, menjadikan kandungan buku ini lebih praktikal dan dekat dengan realiti sebenar penulis swaterbit di Malaysia. Apa Kata Pembaca? “Kandungan buku ini digarap dengan sangat baik. Setiap bab disusun mengikut proses sebenar swaterbit dari peringkat menjana idea, hingga buku sampai ke tangan pembaca.” — Puan Fadila “Sudah masuk 9 tahun saya menjadi editor, ini kali pertama saya berani memegang projek penerbitan A-Z…” — Ainul Tajul “Jumlah keseluruhan jualan buku pertama saya dalam tempoh 3 bulan adalah RM45,000…” — Dr. Aman Rizal Buku Ini akan Mengubah Cara Anda Melihat Swaterbit Ramai penulis mahu: cepat terbit, cepat jual, cepat viral. Tetapi buku ini mengajar sesuatu yang lebih penting: ✔ membina sistem ✔ menjaga kualiti ✔ memahami pasaran ✔ berfikir seperti penerbit ✔ membina karya yang tahan lama Swaterbit Hari Ini Bukan Lagi “Plan B” Dunia penerbitan sudah berubah. Hari ini, semakin ramai penulis memilih swaterbit kerana: mahu kawalan penuh terhadap karya, mahu keuntungan lebih tinggi, mahu bergerak lebih pantas, dan mahu membina jenama sendiri. Tetapi untuk berjaya dalam dunia ini… kita perlu faham seni di sebaliknya. Dan buku ini membantu anda bermula dengan langkah yang betul ER -