TY - BOOK AU - Abdul Rahman Hj. Abdullah, AU - Darha, TI - Membongkar sejarah pemerintahan islam di alam melayu SN - 9789672278023 AV - BP173.7 .A2378 8 U1 - 297.2709 PY - 2019/// CY - Petaling Jaya, Selangor PB - Hijjaz Records Publishing KW - Islam KW - History KW - Islam and politics KW - Islam and state KW - Malaysia N2 - Sebenarnya, perkataan Melayu itu sendiri pada masa kini mempunyai beberapa konsep dan pengertian. Pertama sekali secara khususnya ia dipakai dalam konteks Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai tiga ciri utama, : iaitu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beragama Islam, dan berpegang kepada adat resam Melayu. Menurut konsepsi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, sesiapa sahaja dapat menjadi Melayu atau “masuk melayu” setelah memenuhi ketiga-ketiga syarat ini. Terdapat pula pengertian Melayu yang luas sebagai satu kelompok bangsa atau rumpun bangsa yang besar. Konsepsi ini dipakai dari segi linguistic dan antropologi, atau dari segi bahasa dan budaya, tanpa menekankan aspek agama Islam dalam takrifan Melayu seperti di atas. Dengan konsepsi seperti ini maka wilayah cakupan Alam Melayu atau Dunia Melayu menjadi lebih luas. Buku ini cuba memperincikan sejarah pemerintahan dan kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu, sejak awal pertumbuhannya hingga kejatuhannya menjelang kedatangan penjajah Barat ER -