000 04013aam a2200337 i 4500
001 995047
003 MBIP
005 20260608105026.0
008 260608t20252011my ao e a001 0 may
020 _a9789834607067
_qpaperback
040 _aMBIP
_beng
_cMBIP
_dNMA
_erda
082 0 4 _223
_a959.5051
_bABD
100 0 _aAbdul Rahman Ibrahim,
_eauthor.
245 1 0 _a13 Mei 1969 di Kuala Lumpur /
_cAbdul Rahman Ibrahim
264 1 _aKuala Lumpur :
_bDewan Bahasa dan Pustaka,
_c2025
264 4 _c©2011
300 _axxii, 140 pages :
_bphotographs ;
_c23 cm
336 _2rdacontent
_atext
337 _2rdamedia
_aunmediated
338 _2rdacarrier
_avolume
500 _aIncludes index
504 _aBibliography: pages 127-131
520 _aBuku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memberi tumpuan khusus kepada sejarah hitam hubungan kaum antara orang Melayu dan orang Cina di Kuala Lumpur. Perbincangan berkisar tentang latar belakang masyarakat majmuk dan isu perkauman di negeri-negeri Melayu. Pemilihan Kampung Baharu bertujuan untuk memberi gambaran bahawa ia merupakan tempat berkumpul orang Melayu yang melakukan perarakan balas yang akhirnya mencetuskan peristiwa berdarah tersebut. Memandangkan Kuala Lumpur menjadi lokasi utama tragedi ini, kita menganggap konflik tersebut sebagai situasi genting bagi masyarakat setempat. Keadaan sedemikian perlu dilihat dari sudut sejarah memandangkan beberapa insiden yang berbau perkauman sebelum ini wujud disebabkan oleh kepincangan yang agak ketara dalam politik, sosial dan ekonomi. Isu-isu yang melibatkan perkauman amat sensitif kerana ia menjurus kepada gangguan polarisasi dan secara tidak langsung mendedahkan negara kepada anasir yang cuba mengambil kesempatan atas kedaulatan negara. Bahkan, tinjauan sejarah memperlihatkan kebanyakan perubahan dan pelaksanaan dasar negara diambil kira daripada peristiwa hitam ini yang membawa kepada pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan bagi membaiki taraf hidup penduduk miskin di Malaysia, khususnya orang Melayu. Buku ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Dr. Kua Kia Soong dalam bukunya yang berjudul May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969. Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. Antaranya termasuklah dasar yang diamalkan oleh British, layanan tentera Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak keistimewaan orang Melayu yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu. Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar. teladan dan pengajaran kepada kita semua.
650 1 0 _aRace riots
_xHistory
_y1969-
_zMalaysia
650 2 0 _aRace relations
_zMalaysia
650 2 0 _aRiots
_xHistory
_y1969-
_zMalaysia
650 2 0 _aGovernment publications
_zMalaysia
651 0 _aMalaysia
_xHistory
_y1969-
651 0 _aMalaysia
_xPolitics and government
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c1404
_d1404