000 03618nam a2200289 a 4500
001 vtls000599493
003 MBIP
005 20240103110226.0
008 231120s2010 my | e | |00 0 may
015 _aM10-09174
020 _a9789675137907
_c8.00
_qpaperback
039 9 _a201201051612
_bmarsila
_c201012141233
_dfaridah
040 _aPNM
_beng
_cMBIP
_dIZF
_erda
049 _aklpmal
050 0 0 _aBP184.3.
_bY87 2010
082 0 4 _a297.382
_bYUS
100 0 _aYusni A. Ghazali,
_d1981-
245 1 0 _aMukjizat qiamullail :
_bmembentuk insan cemerlang dengan ibadah malam /
_c[Yusni A. Ghazali ; penterjemah Ashadi Zain]
260 _aKuala Lumpur :
_bPTS Islamika,
_c2010
300 _aMengandungi ayat-ayat dari Quran
520 _aMalam adalah rahmat yang diberikan Allah SWT untuk hambaNya merehatkan jasmani dan sejenak... bertafakur, mengingat dan menghitung nikmat yang diberikan olehNya. Di samping itu, malam adalah waktu terbaik bagi seorang hamba bermunajat kepada Ilahi dan memohon ampun atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukan di siang hari. Sudah semestinya seorang manusia memperbaiki imannya secara berterusan dengan taubat. Dalam solat malamnya pun, Rasulullah SAW teresak-esak ketika baginda membaca ayat-ayat al-Quran yang berbentuk ancaman. Solat malam adalah terapi untuk menyejukkan jiwa kita dan waktu yang paling tepat untuk mengakui segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT. Di pertengahan malam, kita memohon kepada Allah SWT agar berkenan memberikan keampunan dan terus meminta tanpa lelah. Ini kerana sebaik mana pun mutu iman seseorang hamba, pasti ada unsur-unsur yang kotor, walaupun sedikit. Hamba yang baik adalah yang terus mengakui dan berusaha memperbaiki kekotoran tersebut. Solat malam adalah saat untuk mengakui kekotoran itu pada Allah SWT, menengadah dan mengetuk pintuNya agar diberikan maghfirah, rahmat dan barakah. Ini disebabkan salah satu hikmah solat malam adalah sebagai wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penghapus dosa. Rasulullah SAW berkata: "Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (H.R. at-Tirmidzi)1 Perkembangan hati manusia tidak dapat diawasi secara zahir. Tindak-tanduknya pun berbeza dengan anggota tubuh yang lain, dan begitu kompleks dan dapat berubah berkali-kali dalam waktu yang singkat. Padahal, harta umat Islam yang paling berharga terletak dalam hatinya, iaitu iman dan takwa. Bagi yang sudah mendapatkan kedua harta tersebut, sudah semestinya mereka wajib menjaganya hingga ke akhir hayat, dan mati dalam iman dan Islam. Solat malam yang ikhlas, khusyuk dan berterusan adalah salah satu usaha agar hati kita diperkuat dengan asas iman dan Islam. Selain itu, solat malam adalah kemuliaan bagi orang yang beriman, iaitu orang yang mengambil peduli akan panggilan Allah SWT di pertengahan malam. "Siapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadaKu tentu Aku ampuni." Hadis riwayat Imam al-Bukhari tersebut adalah bukti kemuliaan malam, bagi semua orang Islam yang berdoa dan memohon keampunan. Semoga Allah SWT memasukkan kita di kalangan orang yang menghidupkan malam dengan solat dan zikir kepadaNya.
650 1 0 _aPrayer
_xIslam
650 2 0 _aIslam
_xCustoms and practices
700 0 _aAshadi Zain
942 _2ddc
_cBK
_n0
998 _b000641138/KN 000641139/U 000641140/S 001731369 001731370 001942875 001942876 101942877/D + 101942880/D 111942881/D 111942882/D
999 _c293
_d293