000 03907pam a2200373 i 4500
001 vtls000639921
003 MBIP
005 20241113160133.0
008 241113t20112011my aoc e a001 0 may
015 _aM121-00893
020 _a9789835207884
_chardback
_qRM180.00
040 _aMBIP
_beng
_cMBIP
_dNF
_erda
082 0 4 _223
_a390.2209
_bABD
100 0 _aAbdul Rahim Ramli,
_eauthor.
245 1 0 _aSejarah Adat Istiadat Diraja Johor /
_cAbdul Rahim Ramli ; Editor: KHALID MAZLAN, KASSIM THUKIMAN & ZAITON ABU SAMAH
264 1 _aJohor Bahru :
_bPenerbit UTM Press,
_c2011
264 4 _c©2011
300 _a295 pages :
_bcolour illustrations, colour photographs, color potraits ;
_c27 cm
336 _2rdacontent
_atext
336 _2rdacontent
_astill image
337 _2rdamedia
_aunmediated
338 _2rdacarrier
_avolume
500 _aIncludes index
504 _aBibliography: pages [283]-287
520 _aKebudayaan dan adat istiadat istana Kesultanan Johor merupakan hasil percampuran dan adunan budaya Melayu, Islam dan Barat yang diwarisi dari zaman kegemilangan empayar Johor, ke zaman dinasti Bendahara dan dinasti Temenggong sehingga sekarang. Sultan Abu Bakar memperkenal dan menambah budaya Barat, khasnya Inggeris sebagai inovasi pembaharuan untuk menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang moden. Pembaharuan yang diperkenalkan termasuk teknologi moden seperti sistem pentadbiran, pengangkutan, keselamatan dan pertahanan, reka bentuk bangunan, cara berpakaian dan cara memartabatkan kedaulatan baginda. Wawasan Sultan Abu Bakar dan sultan selepas baginda banyak mencipta pembaharuan yang mendahului kerajaan negeri–negeri lain dan kini menjadi ikon negeri Johor. Antaranya ialah Undang–undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Mahkota Kerajaan, Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota, Askar Timbalan Setia Negeri, Jata Negeri dan lain–lain. Sultan Abu Bakar terkenal sebagai raja Melayu yang pertama melawat England iaitu pada tahun 1866, dan yang pertama diberi pengiktirafan antarabangsa. Baginda berjaya memperkenalkan Johor di arena politik dan perdagangan antarabangsa. Baginda juga terkenal dengan pendirian mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negeri Johor dari penjajahan Inggeris selama 33 tahun berturut–turut. Baginda menggunakan kekuatan sistem pengurusan dan pentadbiran negeri yang cekap dan efisien bagi membanteras perancangan jahat Inggeris. Di samping itu, baginda memberi peluang kepada orang Melayu, orang Cina, orang keturunan Melayu dari kepulauan Indonesia dan orang keturunan India bersama-sama memajukan negeri. Tindakan Sultan Abu Bakar menjadi asas persefahaman, kerjasama dan toleransi antara rakyat baginda sehingga sekarang, tepat dengan seruan baginda “Muafakat itu Berkat”. Kesultanan selepas Sultan Abu Bakar meneruskan wawasan baginda dengan menambah dan memperbaiki adat istiadat istana. Justeru, kini Kesultanan Johor amat prihatin kepada rakyat, dan perlakuan adat itu seboleh–bolehnya tidak menyulitkan rakyat. Cara memberi hormat takzim bagi lelaki dan wanita adalah ringkas. Cara berpakaian memberi penghormatan kepada kebebasan kaum dan bangsa. Warna larangan diketepikan supaya tidak ada perbezaan antara raja dengan rakyat. Unsur dan budaya Islam tetap dikekalkan, seperti bacaan doa memohon restu dan perlindungan Allah sebelum dan selepas majlis, dan bersumpah secara Islam. Penulis dapat memberi gambaran terperinci dan sejitu mungkin akan perubahan memperkayakan adat istiadat kerana beliau terlibat secara langsung sebagai Dato’ Penghulu Istiadat Istana Johor yang mengendalikan istiadat diraja.
650 1 0 _aRites and ceremonies
_zJohor
650 2 0 _aMonarchy
_zJohor
650 2 0 _xSocial life and customs
_zJohor
651 0 _aJohor
_xKings and rulers
700 0 _aKhalid Mazlan,
_eeditor
700 0 _aKassim Thukiman,
_eeditor
700 0 _aZaiton Abu Samah,
_eeditor
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c894
_d894