000 04486aam a2200337 i 4500
001 vtls000829188
003 MBIP
005 20241114104337.0
008 241114t20172016my o e 001 0 may
015 _aM17-07729
020 _a9789674604974
_cRM120.00
_qhardback
040 _aMBIP
_beng
_cMBIP
_dNF
_erda
082 0 4 _223
_a394.4095
_bABD
100 0 _aAbdul Rahim Ramli,
_eauthor.
245 1 0 _aKEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN JOHOR /
_cABDUL RAHIM RAMLI ; Penterjemah Yusof Cha
246 3 _aThe coronation of HRH Sultan Ibrahim of Johor
_iTranslation of:
264 1 _aKuala Lumpur :
_bINSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA BERHAD,
_c2017
264 4 _c©2016
300 _axxxiv, 216 pages :
_bcolour photographs ;
_c27 cm
336 _2rdacontent
_atext
337 _2rdamedia
_aunmediated
338 _2rdacarrier
_avolume
500 _aIncludes index
504 _aBibliography: pages 205-206
520 _aJohor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai mahkota dan melangsungkan Istiadat Kemahkotaan Sultan. Maharaja Abu Bakar yang memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai Sultan Johor melalui Perjanjian Setia dengan Inggeris pada 1885 mengilhamkan dan menzahirkan sebuah mahkota untuk baginda dan Sultan-sultan pengganti baginda. Tindakan itu merupakan langkah radikal dalam usaha pemodenan negeri Johor. Sultan Abu Bakar menaiki Takhta Kerajaan Johor pada 1862, tetapi Istiadat Kemahkotaan baginda berlangsung pada 1886. Sultan Abu Bakar mengkanunkan undang-undang tentang pengganti Takhta Kerajaan Johor dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Tetapi, baginda tidak menetapkan Istiadat Kemahkotaan sebagai satu syarat atau proses undang-undang untuk menaiki Takhta Kerajaan. Oleh sebab itu, Istiadat Kemahkotaan lebih merupakan adat istiadat, dan bukan keperluan undang-undang. Mahkota dan Istiadat Kemahkotaan mengesahkan legitimasi pelantikan Sultan dan meningkatkan kedaulatan baginda. Buku ini meriwayatkan strategi Maharaja Abu Bakar dalam usaha baginda memperoleh pengiktirafan sebagai Sultan; dan memerihalkan kebijaksanaan baginda mengilhamkan falsafah serta menzahirkan Barang Kemas Kerajaan, Peralatan Kebesaran Diraja, dan simbol kekuasaan baginda yang dihormati. Buku ini juga mencatatkan keprihatinan Sultan Ibrahim dan pelibatan baginda sendiri bagi memastikan tercapainya hasrat baginda supaya perayaan Kemahkotaan menjadi peristiwa yang eksklusif untuk kenang-kenangan semua rakyat. Baginda begitu terlibat dalam usaha-usaha memulihara Barang Kemas Kerajaan, membersihkan dan menambah baik tempat untuk semua upacara dan istiadat, memilih warna dan reka bentuk perabot, aksesori perabot, dan cenderamata. Baginda meluangkan masa untuk menguji setiap kerusi yang direka khas bagi memastikan ia selesa untuk tetamu-tetamu baginda. Baginda menempah khas set pinggan mangkuk dan barang-barang perak dari Eropah dan Timur. Baginda berangkat hadir dan terlibat sendiri dalam raptai dan latihan bagi memastikan ketepatan masa dan pematuhan kepada adat istiadat. Untuk Majlis Santapan Diraja, baginda sendiri memilih menu yang menepati cita rasa tetamu-tetamu baginda. Istiadat Kemahkotaan penuh dengan adat istiadat istana yang diwarisi daripada pemerintah-pemerintah Johor yang terdahulu. Istiadat itu memperlihatkan kemodenan bertemakan warna biru dan keemasan yang menghiasi Bilik Singgahsana; pakaian istiadat; kamera robotik dan mikrofon jarak jauh yang digunakan. Istiadat Terimaan, upacara pemahkotaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Zarith Sofiah oleh Dato’ Mufti, bacaan doa, lafaz ikrar raja, dan istiadat menghadap takzim, menekankan pentingnya adat istiadat dipelihara. Antara acara kemuncak Istiadat Kemahkotaan ialah pengurniaan gelaran Permaisuri Johor kepada DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, suri baginda, yang merupakan satu kelainan kerana gelaran Permaisuri tidak pernah digunakan di Johor sebelum ini. Buku ini memerihalkan perayaan Kemahkotaan menjadi peristiwa yang mengeratkan kerjasama dan persefahaman dalam kalangan rakyat Johor, dan sebagai bukti nyata bahawa institusi diraja masih relevan. Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor melambangkan puncak kejayaan dan kemegahan negeri Johor.
600 0 4 _aIbrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar,
_d1958-
_xCoronation
650 1 0 _aCoronations
_zMalaysia
_zJohor
651 0 _aJohor (Malaysia)
_xKings and rulers
700 0 _aYusof Cha,
_etranslator.
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c897
_d897