000 03736pam a2200325 c 4500
001 vtls000881512
003 MBIP
005 20241128121840.0
008 241128t20192019my abo e a001 0dmay
015 _aM191-03763
020 _a9789674881184
_cRM52.00
_qpaperback
040 _aMBIP
_beng
_cMBIP
_dNF
_erda
082 0 4 _223
_a297.272
_bMAK
100 0 _aMakmor Tumin,
_eauthor.
245 1 0 _aASAS TEOLOGI DAN FALSAFAH POLITIK MUSLIM /
_cMakmor Tumin
264 1 _aKUALA LUMPUR :
_bPenerbit Universiti Malaya,
_c2019
264 4 _c©2019
300 _axxiii, 194 pages :
_billustrations, maps, photographs ;
_c23 cm
336 _2rdacontent
_atext
337 _2rdamedia
_aunmediated
338 _2rdacarrier
_avolume
500 _aIncludes index
504 _aBibliography: pages 185-189
520 _aAsas Teologi dan Falsafah Politik Muslim ditulis bagi maksud memperkukuhkan pengetahuan pengarang dan pembaca berkaitan buah fikiran ahli falsafah politik Muslim. Pemikir Muslim yang dicakupi dalam buku ini terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang ilmu falsafah yang tinggi seperti al-Farabi, lbnu Sina, al-Ghazali dan lbnu Rusyd, serta ilmu fekah yang dalam seperti al-Mawardi, lbnu Taymiyyah, lbnu Khaldun dan Shah Waliullah. Selain daripada itu, ilmuwan lain seperti al-Tusi, al-Majlisi, al-Tunisi dan al-Fathani yang terkenal dalam bidang masing-masing juga dihurai dalam tulisan ini. Perlu dinyatakan di sini bahawa al-Tusi dan al-Majlisi adalah ilmuwan daripada kelompok Syiah manakala majoriti yang lainnya, kecuali al-Farabi (yang tidak begitu jelas identiti pegangannya) adalah daripada kumpulan Ahli Sunnah. Sasaran pembaca tulisan dalam buku ini lebih ditumpukan kepada mereka yang telah terdedah dengan idea-idea Barat dalam bidang Sains Sosial, baik Politik, Ekonomi, Sosiologi, Sejarah mahupun bidang ilmu kemasyarakatan yang lain. Oleh sebab itu, istilah-istilah yang lebih biasa digunakan dalam karya-karya di Barat berkaitan Islam akan lebih banyak digunakan daripada istilah-istilah yang datang dari Timur Tengah dan dunia Islam sendiri. Sebagai contoh, istilah ‘teologř’ yang membawa maksud akidah ataupun tauhid akan digunakan dalam buku ini secara lebih meluas atau digunakan secara berselang-seli untuk memberikan pemahaman tentang falsafah politik yang lebih mudah dan baik terhadap pembaca. Pengarang sendiri lebih terdidik dalam bidang ilmu sosial kerangka Barat. Oleh itu, penggunaan istilah-istilah seperti akidah, tauhid atau usuluddin amat berat untuk digalas oleh pengarang. Begitulah juga dengan istilah fekah, ihsan dan tasawuf. Dalam Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim ini, selain mengetengahkan bagaimana idea politik Muslim berkembang, perbincangan tentang idea politik Barat dimasukkan bagi menunjukkan bahawa ilmu politik itu tidak tumbuh di satu kawasan sahaja. Oleh yang demikian, tiada monopoli ilmu yang sepatutnya berlaku dalam dunia kesarjanaan. Pengarang tidaklah merujuk kepada semua karya asal pemikir-pemikir dalam buku ini. Sebahagian besar yang mampu dilakukan hanyalah memberikan gambaran atau ulasan berkaitan idea-idea pemikir berkenaan berdasarkan perdebatan dan perbincangan yang ada, baik dalam media cetak seperti buku dan jurnal mahupun media elektronik seperti YouTube. Oleh itu, buku ini lebih merupakan suatu tinjauan awal dengan metode analisis wacana (discourse analysis). Dengan kata lain, tiada analisis konkrit atau sintesis yang hendak dibangunkan dalam buku ini melainkan hanya memberikan gambaran tentang idea-idea pemikir berkenaan.
650 1 0 _a Islam and politics
650 2 0 _aMuslim scholars
650 2 0 _aTheology, Doctrinal
650 2 0 _aGovernment publications
_zMalaysia
942 _2ddc
_cBK
_n0
999 _c929
_d929