Selamat Datang ke Perpustakaan Mini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Etika dan Pembangunan Masyarakat /

Suraiya Ishak,

Etika dan Pembangunan Masyarakat / SURAIYA ISHAK, AHMAD RAFLIS CHE OMAR - viii, 81 pages ; colour illustration 30 cm

Proses pembangunan masyarakat dan negara merupakan proses yang kompleks dan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pelbagai pendekatan digunakan dalam mengusahakan sesuatu pembangunan berdasarkan pemikiran teori pembangunan yang dipegang. Namun apa juga pendekatan dan strategi yang digunakan tidak mampu menjamin kesempurnaan pencapaian matlamat yang disasarkan. Pembangunan yang bermutu tinggi harus dapat memenuhi aspirası ahli masyarakat dan dapat dinikmati oleh semua tanpa meminggirkan mana-mana pihak dalam masyarakat. Namun elemen terpenting dan kritikal yang menentukan kejayaan sesuatu usaha pembangunan ialah manusia yang berada dalam konteks tersebut. Dalam skop manusia sebagai faktor penting dalam sesebuah pembangunan, aspek etika manusia tersebut merupakan sesuatu yang berpengaruh menentukan sejauhmana matlamat pembangunan boleh dicapai.

Herotan dan penyisihan boleh berlaku samada disebabkan oleh kurangnya kesedaran etika dalam kalangan agen perancang, pelaksana, pemantau, penguatkuasa dan penyampai. Dalam konteks hubungan agensi, nilai etika individu adalah sangat penting bagi memastikan tindakan dan perlakuan yang memenuhi jangkaan prinsipal. Selain itu persoalan etika tidak hanya berlegar pada isu berkaitan agen pembangunan, sebaliknya turut relevan diperkatakan dalam konteks penerima pembangunan. Isu- isu penyalahgunaan bantuan, sikap tidak amanah dan perlakuan tidak patriotik yang ada pada penerima pembangunan turut menganggu keberkesanan program pembangunan yang dirangka. Justeru isu etika dan pembangunan terlalu penting untuk difahamı kerana sejauhmana nilai dan manafaat proses pembangunan kepada kelompok sasaran, ahli masyarakat dan negara dapat dicipta dan disampaikan dengan efektif dan optimum adalah bergantung kepada etika dan integriti agen-agen penyampai dan penerima pembangunan. Ini merupakan asas inspirasi yang membawa kepada penulisan buku ini.

9786294861527 RM50.00

M241-01718

375 / SUR

Powered by Koha