MARC details
| 000 -LEADER |
| fixed length control field |
07442nam a22003497a 4500 |
| 001 - CONTROL NUMBER |
| control field |
vtls000890169 |
| 003 - CONTROL NUMBER IDENTIFIER |
| control field |
MBIP |
| 005 - DATE AND TIME OF LATEST TRANSACTION |
| control field |
20250417110212.0 |
| 008 - FIXED-LENGTH DATA ELEMENTS--GENERAL INFORMATION |
| fixed length control field |
250417t20192019my o e a001 0 may |
| 015 ## - NATIONAL BIBLIOGRAPHY NUMBER |
| National bibliography number |
M201-01097 |
| 020 ## - INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER |
| International Standard Book Number |
9789672229704 |
| Terms of availability |
RM33.00 |
| Qualifying information |
paperback |
| 040 ## - CATALOGING SOURCE |
| Original cataloging agency |
BNM |
| Language of cataloging |
eng |
| Transcribing agency |
MBIP |
| Modifying agency |
NF |
| Description conventions |
rda |
| 082 04 - DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION NUMBER |
| Edition number |
23 |
| Classification number |
959.5 |
| Item number |
ROS |
| 100 0# - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME |
| Personal name |
Rosli Mohd. Yusoff, |
| Relator term |
author. |
| 245 10 - TITLE STATEMENT |
| Title |
SINGAPURA dalam MALAYSIA 1963-1965 : |
| Remainder of title |
Perkongsian tidak serasi / |
| Statement of responsibility, etc. |
ROSLI MOHD YUSOFF |
| 264 #1 - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE |
| Place of production, publication, distribution, manufacture |
Kota Bharu, Kelantan : |
| Name of producer, publisher, distributor, manufacturer |
Penerbit UMK, Universiti Malaysia Kelantan, |
| Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice |
[2019?] |
| 264 #4 - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE |
| Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice |
♭2019 |
| 300 ## - PHYSICAL DESCRIPTION |
| Extent |
xxii, 193 pages : |
| Other physical details |
photographs ; |
| Dimensions |
23 cm |
| 336 ## - CONTENT TYPE |
| Source |
rdacontent |
| Content type term |
text |
| 337 ## - MEDIA TYPE |
| Source |
rdamedia |
| Media type term |
unmediated |
| 338 ## - CARRIER TYPE |
| Source |
rdacarrier |
| Carrier type term |
volume |
| 500 ## - GENERAL NOTE |
| General note |
Includes index |
| 504 ## - BIBLIOGRAPHY, ETC. NOTE |
| Bibliography, etc. note |
Bibliography: pages 181-186 |
| 520 ## - SUMMARY, ETC. |
| Summary, etc. |
Singapura dalam Malaysia 1963-1965: Perkongsian Tidak Serasi memaparkan gambaran sebenar bagaimana perkongsian antara dua tetangga terdekat yang mempunyai persamaan sejarah, budaya, keturunan dan geografi ini tidak serasi dan bertahan lama. Buku ini amat signifikan dan penting dalam konteks menilai semula punca yang mencetuskan pergolakan sepanjang Singapura berada dalam Malaysia. Kajian ini melihat dari perspektif yang menyeluruh dan objektif terhadap satu episod penting dalam sejarah negara agar generasi akan datang dapat menilai sejarah negara mereka secara adil. Hubungan Malaysia-Singapura merupakan suatu hubungan yang mempunyai sejarahnya yang panjang dan unik. Ianya dianggap sebagai hubungan adik-beradik atau kembar siam yang sangat istimewa, simbiotik dan saling bergantungan antara satu sama lain. Hubungan antara dua negara tetangga terdekat yang hanya dipisahkan oleh Selat Teberau ini banyak dipengaruhi oleh ikatan dan persamaan etnik, sejarah, geografi, ideologi dan budaya. Dari segi sejarahnya, Pulau Singapura pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka dan Johor Riau Lingga sejak abad ke-15 lagi. Kedatangan imperialis Barat ke rantau ini bukan sahaja mengubah landskap sosial, ekonomi dan politik bahkan memisahkan Singapura daripada induknya dan menjadi entiti yang berasingan daripada Tanah Melayu. Kedua-dua wilayah dipertautkan kembali melalui projek Persekutuan Malaysia. Namun perkongsian yang dibina hanya dapat bertahan dalam tempoh yang singkat sahaja. Singapura yang dikuasai oleh Kolonial British hampir 150 tahun tidak lagi serasi dengan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka hidup bersama tetapi mempunyai aspirasi dan impian yang berbeza yang akhirnya menyeret kedua-dua pihak dalam konflik yang berpanjangan.

Persoalan utama yang mendasari tulisan ini ialah berkisar terhadap sikap Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura terhadap Malaysia. Apakah ada motif terselindung di sebalik kegigihannya membawa Singapura menyertai Malaysia? Mengapakah sikap Lee Kuan Yew mula berubah menjelang penubuhan dan sepanjang penyertaannya dalam Malaysia? Adakah keghairahan Lee Kuan Yew yang sering menimbulkan provokasi dan membangkitkan isu-isu sensitif akan menguntungkan perjuangan dan cita-cita besarnya menjadi pemimpin Malaysia? Lee Kuan Yew dapat dianggap sebagai salah seorang arkitek pembentukan Malaysia di samping Tunku dan rakan-rakannya di Persekutuan Tanah Melayu. Beliau telah memperlihatkan kesungguhannya bagi merealisasikan Malaysia sejak mula menjadi Perdana Menteri pada tahun 1959 lagi. Menyedari kedudukannya yang tersepit antara mengekalkan kuasa dengan ancaman puak kiri terutamanya Parti Barisan Sosialis, Lee terpaksa berpaut kepada Persekutuan Tanah Melayu untuk menyelamatkan survival politiknya yang semakin goyah. Menjelang penubuhan Malaysia, Lee Kuan Yew mula memperlihatkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi, suka berdolak-dalik dan oportunis. Rundingan percantuman Singapura-Persekutuan Tanah Melayu hampir mengalami kegagalan pada peringkat akhir apabila Tunku begitu kecewa dengan sikap Lee. Apabila Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia, Lee semakin menonjolkan sikapnya sebenarnya yang tidak begitu ikhlas untuk sama-sama membina Malaysia. Beliau dilihat bukan seorang sahabat yang baik kepada kerajaan pusat kerana sanggup membalas semangat setiakawan yang diberikan oleh pemimpin Kuala Lumpur dengan tindak-tanduknya yang menggugat kerukunan dan keharmonian kaum di Malaysia.

Persoalan seterusnya yang cuba disingkap ialah perjuangan Lee Kuan Yew untuk memenuhi cita-cita politiknya menjadi pemimpin besar di Malaysia. Beliau telah menubuhkan Pakatan Malaysian Solidarity Convention sebagai platform peribadinya bagi membentuk dan memimpin sebuah negara bangsa yang baharu dengan bertunjangkan konsep perjuangan Malaysian Malaysia. Pertembungan sengit berlaku di sebalik agenda politik Lee untuk berkuasa di Malaysia dengan tekad orang Melayu untuk mempertahankan ketuanan Melayu. Tulisan ini akan melihat secara menyeluruh dan objektif terhadap hubungan antara dua buah negara tetangga yang pernah bersatu di bawah payung Malaysia. Antara lain objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah mengkaji sikap Lee Kuan Yew yang menjadi legenda Singapura selama beberapa dekad sebelum dan sepanjang Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Di samping itu, ianya cuba mengenal pasti strategi dan pendekatan yang digunakan oleh Lee Kuan Yew untuk memenuhi agenda-agenda tersembunyinya dan tindak balas pemimpin-pemimpin Melayu yang telah mencetuskan ketegangan politik yang berpanjangan. Secara khusus, skop buku ini menjurus kepada sikap yang diperlihatkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap Malaysia semasa Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tempoh masa yang disorot ialah antara September 1963 hingga Ogos 1965. Walaupun jangka masa tersebut adalah singkat, namun ianya sarat dengan pelbagai isu dan pergolakan yang banyak mempengaruhi senario politik negara. Kajian terhadap sikap Lee bukan sahaja berkisar semasa Singapura berada dalam Malaysia tetapi meliputi tempoh sebelum penyertaannya lagi bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang susuk tubuh beliau yang sebenarnya.

Di samping itu, buku ini juga akan difokuskan kepada agenda-agenda utama Lee Kuan Yew apabila menyertai Malaysia. Sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, licik, bijak dan oportunis, Lee mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapainya. Di sebalik kesungguhan perjuangannya membawa Singapura ke dalam Malaysia, beliau cuba memenuhi idealisme dan visi politiknya untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang bersifat demokratik sosialis. Tindak-tanduk yang ditunjukkan oleh Lee bagi memenuhi agendanya akan dikaji dan dibuktikan secara objektif melalui kajian ini. Persoalan hubungan Malaysia-Singapura terutamanya yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia, penyertaan dan pemisahan Singapura daripada Malaysia telah banyak dikaji oleh para penulis terutamanya oleh ahli akademik. Ianya menjadi satu topik kajian yang menarik dan segar untuk dikupas daripada pelbagai perspektif sama ada oleh penulis dan pengkaji tempatan atau pun luar negara. Setiap kajian melihat persoalan ini dari sisi-sisi tertentu dan sudut pandangan yang berbeza-beza. |
| 530 ## - ADDITIONAL PHYSICAL FORM AVAILABLE NOTE |
| Additional physical form available note |
Also available in CD-ROM |
| 650 10 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM |
| Topical term or geographic name entry element |
Government publications |
| Geographic subdivision |
Malaysia |
| 651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME |
| Geographic name |
Malaysia |
| General subdivision |
History |
| 651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME |
| Geographic name |
Singapore |
| General subdivision |
History |
| 651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME |
| Geographic name |
Malaysia |
| General subdivision |
Politics and government |
| 651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME |
| Geographic name |
Singapore |
| General subdivision |
Politics and government |
| 942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA) |
| Source of classification or shelving scheme |
Dewey Decimal Classification |
| Koha item type |
Book |
| Suppress in OPAC |
No |