Selamat Datang ke Perpustakaan Mini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif / (Record no. 1215)

MARC details
000 -LEADER
fixed length control field 06305nam a2200313 a 4500
001 - CONTROL NUMBER
control field vtls000629805
003 - CONTROL NUMBER IDENTIFIER
control field MBIP
005 - DATE AND TIME OF LATEST TRANSACTION
control field 20260123115157.0
008 - FIXED-LENGTH DATA ELEMENTS--GENERAL INFORMATION
fixed length control field 101213s2011 my a e a001 0 may
015 ## - NATIONAL BIBLIOGRAPHY NUMBER
National bibliography number M111-03293
020 ## - INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER
International Standard Book Number 9789835207761
Terms of availability RM 40.00
Qualifying information paperback
040 ## - CATALOGING SOURCE
Original cataloging agency BNM
Language of cataloging eng
Transcribing agency MBIP
Modifying agency MS
-- IZF
Description conventions rda
082 04 - DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION NUMBER
Edition number 22
Classification number 959.5119
Item number KAS
100 0# - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Kassim Thukiman,
Titles and words associated with a name Prof. Madya, Dr.,
Dates associated with a name 1963-
Relator term author
245 10 - TITLE STATEMENT
Title Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif /
Statement of responsibility, etc. Kassim Thukiman
264 ## - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE
Place of production, publication, distribution, manufacture Johor Bahru
Name of producer, publisher, distributor, manufacturer Penerbit UTM,
Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice 2011
300 ## - PHYSICAL DESCRIPTION
Extent xvii, 312ms.
Other physical details illustrations ;
Dimensions 23cm.
336 ## - CONTENT TYPE
Source rdacontent
Content type term text
337 ## - MEDIA TYPE
Source rdamedia
Media type term unmediated
338 ## - CARRIER TYPE
Source rdacarrier
Carrier type term volume
504 ## - BIBLIOGRAPHY, ETC. NOTE
Bibliography, etc. note Mengandungi rujukan bibliografi dan indeks
520 ## - SUMMARY, ETC.
Summary, etc. Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif berusaha untuk menganalisis perkembangan intelektual yang berlaku dalam kerajaan Johor–Riau. Sesungguhnya, sejarah negeri Johor merakamkan pelbagai bidang yang telah menyumbang kepada pembentukan peradaban Melayu yang gemilang. Ini diperkukuhkan dengan kepimpinan dan sistem pentadbiran Kesultanan Johor yang bersifat dinamik, tetapi masih berupaya mengekalkan jati diri Johor yang tersendiri. Hakikatnya, kemajuan dan pembangunan yang telah berlangsung sejak sekian lama telah memanifestasikan pembangunan Johor yang holistik dan mempamerkan wajah negeri Johor dalam pelbagai citra. Kegemilangan Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka seringkali dikaitkan dengan kemajuan ekonominya menerusi perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Johor dimanifestasikan dengan penguasaan kawasan taklukan sehingga meliputi Pahang, Kepulauan Riau, Lingga sehingga ke kawasan Pantai Timur Sumatera. Hal ini disebabkan kedudukan Johor yang begitu strategik dalam kerangka laluan utama perdagangan antarabangsa. Kemajuan ekonomi dan kekukuhan sistem politik itu juga turut menyerlah Johor–Riau sebagai pusat kegiatan intelektual yang tersohor pada abad ke–17. Maka tidak hairanlah, kemajuan ekonomi Johor yang makmur dan gemilang pada masa kini adalah meneruskan kelangsungan dari masa lalu.

Kehadiran tokoh–tokoh ilmuwan dengan segala kegiatan intelektual telah menerangi kehidupan masyarakat ketika itu, sekali gus telah menaikkan lagi kegemilangan Johor–Riau. Ini menunjukkan Kerajaan Johor–Riau telah mengupayakan segala kekuatan dalam masyarakat yang menyumbangkan kepada pembentukan suatu peradaban gemilang bangsa Melayu di Nusantara. Sehingga kini, sejarah negeri Johor terus mendapat perhatian daripada ramai pengkaji. Hal ini disebabkan negeri Johor mempunyai keunikan yang tersendiri. Hakikatnya kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 telah menyebabkan Johor meneruskan kelangsungan sebuah empayar dan kerajaan yang begitu besar. Sungai Johor telah menyaksikan pembentukan sebuah kerajaan kelautan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang tersohor pada abad ke-16. Mulai tahun 1528, Sultan Alauddin Riayat Shah telah memimpin sebuah kerajaan yang besar dari segi geopolitik, kekuatan ekonomi dan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Namun begitu, jurai keturunan Kesultanan Melaka telah berakhir dengan pembunuhan Sultan Mahmud II pada tahun 1699 di Kota Tinggi. Peristiwa ini telah menyebabkan keadaan politik Johor semakin berwarna-warni dengan kenaikan golongan Bendahara dan kemudiannya Temenggong untuk menerajui Kerajaan Johor.

Fenomena ini ditambah lagi dengan campur tangan pembesar Bugis dalam politik Johor. Persejarahan negeri Johor semakin berkembang dalam era pemodenan. Sultan Abu Bakar telah mengubah corak pemerintahan tradisional dengan membawa unsur-unsur Barat secara beransur-ansur dalam pemerintahan. Proses modenisasi ini menyaksikan negeri Johor semakin memacu ke depan dari segi pertumbuhan ekonomi, pemodenan dalam pentadbiran dan menarik lebih ramai orang asing berhijrah ke negeri Johor. Kedudukan Johor yang strategik, berhampiran dengan Singapura menyebabkan ramai pelabur asing datang ke Johor untuk melabur dalam sektor pertanian komersial (gambir dan lada hitam), perladangan getah, dan kegiatan perlombongan. Kemakmuran ekonomi Johor adalah manifestasi kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran yang diwujudkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Suatu hal yang menarik tentang Johor adalah walaupun pemodenan dan kemajuan ditempa, namun jati diri dalam kalangan rakyatnya masih kekal dan kukuh. Sebelum Perang Dunia Kedua, negeri Johor telah menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Hal ini disebabkan. lokasinya yang berhampiran dengan Singapura, di samping pemerintahannya Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim telah menjalin hubungan diplomatik dengan banyak negara; termasuklah China, Jepun, Turki, Br icish serta beberapa buah negara Eropah. Namun begitu, Johor juga tidak sunyi daripada kesungguhan pihak asing untuk campur tangan secara langsung dalam politik dan pemerintahan. Hal ini ditandai dengan pelantikan Penasihat Am British di Johor pada tahun 1914 dan kemasukan tentera Jepun pada awal tahun 1942.

Dalam pada itu, Johor juga telah menyaksikan gelora politik. Hal ini bermula dengan penyingkiran Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak atas ‘nasihat’ British, hubungan yang tidak harmoni antara Dato’ Onn dengan istana, kemasukan tentera Jepun, penentangan pembesar kumpulan 7 terhadap Sultan Ibrahim, pasukan Bintang Tiga yang bermaharajalela di Batu Pahat, keinginan Johor menjadi negeri yang merdeka dan sebagainya. Namun begitu, Johor telah mempelopori gerakan massa untuk menentang Malayan Union dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Di sinilah bermula suatu pergerakan politik nasional yang dinamakan UMNO. Kesimpulannya, Johor mempunyai suatu sejarah yang panjang dan bersifat menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Kerajaan Johor mengasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan (1895), pentadbiran kerajaan yang moden, kerajaan berasaskan kelautan, kegiatan pertanian komersial, aktiviti perlombongan bijih, pembangunan prasaran kemajuan pendidikan, bahasa dan persuratan, pembanguna? ketenteraan, kemajmukan dan keharmonian masyarakat.
650 10 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Government publications
Geographic subdivision Malaysia
651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME
Geographic name Johor
General subdivision History
651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME
Geographic name Johor
General subdivision Politics and government
651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME
Geographic name Johor
General subdivision Economic conditions
651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME
Geographic name Johor
General subdivision Social life and customs
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme Dewey Decimal Classification
Koha item type Book
Suppress in OPAC No
Holdings
Withdrawn status Lost status Source of classification or shelving scheme Damaged status Not for loan Collection Home library Current library Shelving location Date acquired Source of acquisition Cost, normal purchase price Total Checkouts Full call number Barcode Date last seen Copy number Cost, replacement price Price effective from Koha item type
Dewey Decimal Classification     Non-Fiction book Perpustakaan MBIP Medini Perpustakaan MBIP Medini General Stacks 10/23/2025 IMS BOOKS TRADING SDN BHD 40.00   959.5119 KAS 2011 c.1 00001498 10/23/2025 1 40.00 10/23/2025 Book

Powered by Koha