Selamat Datang ke Perpustakaan Mini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya / (Record no. 1563)

MARC details
000 -LEADER
fixed length control field 06388aam a2200301 i 4500
001 - CONTROL NUMBER
control field 1258286
003 - CONTROL NUMBER IDENTIFIER
control field MBIP
005 - DATE AND TIME OF LATEST TRANSACTION
control field 20261103102259.0
008 - FIXED-LENGTH DATA ELEMENTS--GENERAL INFORMATION
fixed length control field 261103t20142014my abo g 000 0 may
020 ## - INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER
International Standard Book Number 9789670630403
Qualifying information paperback
040 ## - CATALOGING SOURCE
Original cataloging agency MBIP
Language of cataloging eng
Transcribing agency MBIP
Modifying agency NMA
Description conventions rda
082 04 - DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION NUMBER
Edition number 23
Classification number 322.4209
Item number IND
100 0# - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Indrajaya Abdullah,
Relator term author,
-- translator.
245 10 - TITLE STATEMENT
Title Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya /
Statement of responsibility, etc. Diterjemah dan diadaptasi oleh Indrajaya Abdullah ; kata pengantar Abdullah C. D.
264 #1 - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE
Place of production, publication, distribution, manufacture Petaling Jaya, Selangor :
Name of producer, publisher, distributor, manufacturer Strategic Information and Research Development Centre,
Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice 2014
264 #4 - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE
Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice ©2014
300 ## - PHYSICAL DESCRIPTION
Extent xv, 186 pages :
Other physical details map, illustrations, photographs ;
Dimensions 23 cm
336 ## - CONTENT TYPE
Source rdacontent
Content type term text
337 ## - MEDIA TYPE
Source rdamedia
Media type term unmediated
338 ## - CARRIER TYPE
Source rdacarrier
Carrier type term volume
500 ## - GENERAL NOTE
General note Adaptation from: Malaixiya ren min kang ri jun
520 ## - SUMMARY, ETC.
Summary, etc. Buku Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya adalah terjemahan dengan adaptasi daripada buku "马来亚人民抗日军", diterbit di Hong Kong pada 1992 oleh The Witness Publish Company of Hong Kong. Buku ini mencatatkan pengalaman tulen sejarah perang gerila rakyat tempatan melawan Jepun yang bermandian darah. Perang ini dipertahankan selama 3 tahun 8 bulan, semenjak 1941 sehingga Ogos 1945. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau disebut Tentera Rakyat Malaya atau Tentera Anti-Jepun, terkenal dalam bahasa Inggerisnya, Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) merupakan pasukan bersenjata rakyat yang dipimpin dan ditubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Tentera rakyat yang terdiri daripada semua kaum dan berbagai lapisan penduduk Malaya ini berindukkan orang Tionghoa Malaya. Ia disokong dan didokong rakyat semua kaum. TAJRM lahir di zaman perang, memberikan pengorbanan besar pada masa-masa yang sulit, lantas mendewasa selangkah demi selangkah. Menjelang detik Jepun menyerah kalah, ia telahpun berkembang menjadi 8 buah rejimen. termasuk 3 buah rejimen asal. Ini juga bererti, ia memiliki 67 buah kompeni dengan jumlah anggota seramai lebih 9,900 orang. Kalau ditambah dengan anggota-anggota pasukan simpanan, pasukan bela diri melawan Jepun dan lain-lain pertubuhan bersenjata rakyat di berbagai negeri di seluruh negara, jumlahnya mencapai lebih 45,000 orang. Semasa 3 tahun 8 bulan pendudukan Jepun di Malaya, TAJRM telah melangsungkan kira-kira lebih 340 kali pertempuran besar dan kecil dengan tentera Jepun, membasmi atau mencederakan lebih 5,500 orang musuh.

TAJRM merupakan tiang seri gerakan rakyat Malaya yang melawan Jepun. Ianya merupakan salah satu bahagian daripada barisan persatuan anti-fasis sedunia. Ia telah menggoyahkan kekuasaan fasis Jepun, sehingga komplotan untuk menguasai sepenuhnya kawasan strategik di barat-daya Lautan Pasifik dan merampas sumber-sumber strategik seperti getah dan timah yang menjadi pengeluaran utama Malaya di Asia Tenggara tidak dapat terlaksana seratus-peratus. Bahkan TAJRM telah memukul, mengikat dan memencarkan kekuatan tentera Jepun. Oleh yang demikian, membantu pertempuran-pertempuran Tentera Bersekutu Amerika-Inggeris, Tentera China dan Soviet Union serta memberikan sumbangan kepada kemenangan perang anti-fasis sedunia.

TAJRM telah merekodkan lembaran sejarah rakyat Malaya menubuhkan tenteranya sendiri di saat menghadapi dan melawan pencerobohan asing serta memperjuangkan pembebasan nasional. Justeru kisah-kisah kepahlawanan TAJRM dan pengalaman pedih rakyat Malaya di zaman pendudukan Jepun-lah yang memercikkan keghairahan rakyat berbagai kaum di Malaya untuk menuntut kemerdekaan serta pembebasan negara setelah Perang Dunia Kedua. Ia telah meningkatkan kesedaran politik rakyat. Di bawah perjuangan bersama rakyat berbagai kaum dan semua parti politik di Malaya, rakyat akhirnya telah menamatkan kekuasaan penjajah Inggeris dan memenangi kemerdekaan negara Malaysia dan Singapura.

Boleh dipastikan, dalam perjalanan sejarah di kemudian hari, kisah-kisah kepahlawanan TAJRM ini akan terus memberi semangat kepada rakyat Malaysia dan Singapura dalam berjuang memelihara kemerdekaan negara, membela perdamaian dunia serta membangunkan negara yang maju dan makmur!

Akan tetapi, selama lima dasawarsa ini, saki-baki pengaruh ideologi penjajah dan berbagai pandangan serong sehingga kini masih lagi cuba memutar-belitkan sejarah Perang Anti-Jepun di Malaya. Ia menaikan jasa-jasa TAJRM dalam usaha menentang penjajahan Jepun dan memperjuangkan kemerdekaan nasional. Amat mengecewakan lagi, nasib yang melanda lebih 3,000 orang para pahlawan yang telah mengorbankan jiwa-raga mereka untuk kemenangan perang anti-Jepun. Mereka berserta ahli keluarga mereka bukan sahaja tidak diberikan sebarang sagu-hati dan kepujian, malah ditangkap dan dibuang-negeri dengan tuduhan yang bukan-bukan di bawah Undang-Undang Darurat yang dikuatkuasakan kerajaan penjajah Inggeris sejak 20 Jun 1948. Layanan sedemikian sangat tidak adil!

Demi memulihkan sejarah yang telah diputar-belit dan menjamin agar bahan-bahan sejarah yang amat berharga ini tidak lapuk ditelan zaman, maka Kesatuan Para Perantau Tionghoa Singapura/Malaysia pada awal tahun 1987 menganjur dan mengarahkan 16 orang kawan, iaitu Zheng Guan-biao, Luo Xu-mo, Lu Ming, Lin Wen-guang, Zhang Chang, Ye Zhi-hui, Yi Tian-xiong, Wang Xian-ping, Wu Ya-liang, Lao Lu, Zheng Yue-hua (Ah Zhen), Wen Xun, Ah Zu, Chen Liu, Ruo Ping dan Wang You-fa membentuk dewan pengarang buku Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya.

Dewan pengarang ini telah merangka projek, mengeluarkan pemberitahuan, mengumpulkan bahan-bahan sejarah dan pendapat-pendapat, menjemput serta menyelenggarakan berbagai seminar dengan bekas-bekas anggota TAJRM. Dewan pengarang juga melantik para petugasnya untuk mengumpul dan menyemak bahan-bahan sejarah tersebut, kemudian menyusunnya menjadi karangan-karangan awal sejarah setiap rejimen. Seterusnya, mereka memilih empat orang pengarang utama untuk menambah, memperbaiki dan menyempurnakan karangan-karangan awal tersebut. Buku Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya disunting dan diterbitkan setelah melalui proses yang berulang-ulang seperti yang disebut di atas selama lebih empat tahun.
650 20 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Malayan Communist Party
650 10 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Communism
Geographic subdivision Malaya
650 20 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Communist parties
General subdivision History
Geographic subdivision Malaya
651 #0 - SUBJECT ADDED ENTRY--GEOGRAPHIC NAME
Geographic name Malaya
General subdivision History
Chronological subdivision Japanese occupation, 1942-1945
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme Dewey Decimal Classification
Koha item type Book
Suppress in OPAC No
Holdings
Withdrawn status Lost status Source of classification or shelving scheme Damaged status Not for loan Collection Home library Current library Shelving location Date acquired Source of acquisition Cost, normal purchase price Total Checkouts Full call number Barcode Date last seen Copy number Cost, replacement price Price effective from Koha item type
Dewey Decimal Classification     Non-Fiction book Perpustakaan MBIP Medini Perpustakaan MBIP Medini General Stacks 11/03/2026 Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. 25.20   322.4209 IND 2025 c.1 00001795 11/03/2026 1 25.20 11/03/2026 Book

Powered by Koha