MARC details
000 -LEADER |
fixed length control field |
05498nam a2200229 a 4500 |
001 - CONTROL NUMBER |
control field |
vtls000515960 |
003 - CONTROL NUMBER IDENTIFIER |
control field |
MBIP |
005 - DATE AND TIME OF LATEST TRANSACTION |
control field |
20241128114939.0 |
008 - FIXED-LENGTH DATA ELEMENTS--GENERAL INFORMATION |
fixed length control field |
241128s2008 my e a001 0 may |
015 ## - NATIONAL BIBLIOGRAPHY NUMBER |
National bibliography number |
M081-02695 |
020 ## - INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER |
International Standard Book Number |
9789838613675 |
Terms of availability |
paperback |
Qualifying information |
RM33.00 |
040 ## - CATALOGING SOURCE |
Original cataloging agency |
MBIP |
Transcribing agency |
MBIP |
Modifying agency |
NF |
082 04 - DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION NUMBER |
Edition number |
22 |
Classification number |
899.2309 |
Item number |
ABD |
245 00 - TITLE STATEMENT |
Title |
Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu) : |
Remainder of title |
cerakinan sejarah, budaya dan bahasa / |
Statement of responsibility, etc. |
penyunting Abdul Rahman Haji Ismail, Haron Daud |
264 ## - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE |
Place of production, publication, distribution, manufacture |
Pulau Pinang : |
Name of producer, publisher, distributor, manufacturer |
Penerbit Universiti Sains Malaysia, |
Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice |
2008 |
300 ## - PHYSICAL DESCRIPTION |
Extent |
x, 149ms. ; |
Dimensions |
25cm. |
520 ## - SUMMARY, ETC. |
Summary, etc. |
Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu): Cerakinan Sejarah, Budaya dan Bahasa menghimpunkan beberapa dapatan baru tentang sejarah, pensejarahan, pemikiran, dan budaya serta bahasa berasaskan Sulalat-us-Salatin, sebuah warisan agung kesusasteraan tawarikh Melayu yang sejak awal kurun ke-19 lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu. Antara lain, dengan butiran baru, buku ini menyingkap rahsia di sebalik nama Sulalat-us-Salatin dan Sejarah Melayu serta menyorot kembali detik-detik akhir kerajaan Melayu Melaka, kisah-kisah di sebalik keagungan dan kejatuhannya, serta kegigihan Sultan Mahmud Syah dan rakyat jelata Melayu berjuang menghadapi Portugis dan berusaha untuk mengalahkan Portugis di Melaka.

Buku ini dimulakan dengan sorotan kembali mukadimah Sulalat-us-Salatin untuk mengenal pasti judul sebenar kitab tersebut dan rahsia di sebalik nama Sulalat-us-Salatin dan Sejarah Melayu. Seterusnya penulis menggalurkan semula kisah perjuangan yang diteruskan Sultan Mahmud Syah dan anakandanya Sultan A’lauddin Ri’ayat Syah II untuk mengusir Portugis agar meninggalkan Melaka selepas 1511, dan membandingkan beberapa maklumat
yang terdapat dalam Sulalat-us-Salatin Raja Bungsu dengan sumber-sumber Portugis lalu mengemukakan sekumpulan peristiwa yang secara umumnya tidak diketahui para pembaca Sulalat-us-Salatin versi lain.

Buku ini turut meneliti kedudukan sebenar agama Islam dalam kehidupan masyarakat Melaka dari sudut yang agak berbeza daripada kupasan-kupasan sedia ada sehingga kini berasaskan penelitian terhadap teks Sulalat-us-Salatin. Penulis turut menghujahkan bahawa unsur Hindu dan Islam telah digabungkan untuk menonjolkan kewibawaan raja yang memerintah agar kesetiaan rakyat kepadanya tidak berbelah bagi. Kedudukan tinggi raja Melayu dan raja Melaka bukan sahaja kelihatan dalam hubungan dengan rakyat tetapi juga dalam perkaitan dengan raja negara lain seperti Siam dan China. Kedudukan tinggi raja ini diperkukuhkan pula dengan peraturan dan istiadat yang menjarakkan baginda daripada semua orang lain.

Penulis turut mendedahkan dalam Sulalat-us-Salatin terdapat beberapa kisah yang menjadi asas dan punca kepada kehancuran negara kota Kesultanan Melayu Melaka, iaitu perkaitan kejatuhan Melaka dengan kehadiran dan tindak-tanduk orang-orang berketurunan India yang terlibat dalam perniagaan dan politik dalaman Melaka sehingga membawa kepada kematian Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir/Muzahir dan beberapa pembesar lain, lalu menyebabkan pertahanan Melaka menjadi lumpuh dan Melaka ditakluk Portugis. Gejala rasuah yang berleluasa dan persaingan sesama sendiri dalam kalangan orang-orang India dan kacukan India dihujahkan sebagai banyak menyumbang kepada kehancuran kekuasaan Melayu di negara kota Melaka itu.

Pengkaji turut juga mengamati kedudukan dan peranan wanita seperti yang kelihatan mahu dipaparkan dalam Sulalat-us-Salatin. Berasaskan Sulalat-us-Salatin Raja Bungsu, dibicarakan kedudukan dan fungsi kaum perempuan terutama daripada kalangan golongan atasan dalam pembentukan, pembinaan dan pergolakan politik dan sosial dalam sejarah kemunculan dan kejatuhan wibawa politik Melayu; bermula daripada perkahwinan Puteri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar Zulkarnain di benua India hinggalah perpindahan pusat pemerintahan kerajaan Melayu Melaka ke Bintan setelah penguasaan Melaka oleh Portugis pada 1511.

Muhammad Haji Salleh pula menumpukan perhatian kepada perihal berahi, kendak dan perkahwinan dalam Sulalat-us-Salatin. Bertolak daripada kelahirannya sebagai sebuah karya agung yang melukis tentang jiwa, cara dan budaya orang Melayu, penulis meneliti maksud kasih sayang dan perkahwinan seperti yang terdapat dalam pernyataan dan hikayat Melayu termasuk Sulalat-us-Salatin. Beliau juga mendalami makna istilah seperti “Berahi”, “berangtai”, “kendak”, “kasih”, “cinta” dan “asmara seperti yang terdapat dalam tulisan-tulisan awal dan kamus bahasa Melayu, lalu menghuraikan perihal “Teori Kasih Sayang Melayu”.

Dalam kajian morfologi, pengkaji telah meneliti: (a) proses pengimbuhan “per-“, “ber-” dan “memper-“, (b) penggandaan, dan (c) pemajmukan. Bahagian ini merumuskan bahawa proses pengimbuhan merupakan proses utama dalam pembentukan kata Sulalat-us-Salatin versi A. Samad Ahmad, diikuti dengan proses pemajmukan dan proses penggandaan. Ia juga mengesahkan bahawa bahasa yang digunakan dalam teks versi A. Samad Ahmad ialah bahasa yang mewakili tahun 1808. Tentang sintaksis pula, kajian ini telah meneliti 279 ayat tanya yang terdapat dalam Sulalat-us-Salatin lalu membandingkannya dengan ayat tanya zaman Za’ba dan zaman moden. Perbandingan ini dilakukan melalui timbunan teori sintaksis, teori perbandingan-diakeronik dan teori sosiolinguistik. |
650 10 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM |
Topical term or geographic name entry element |
Malay literature |
General subdivision |
Criticism, Textual |
700 0# - ADDED ENTRY--PERSONAL NAME |
Personal name |
Abdul Rahman Haji Ismail |
700 0# - ADDED ENTRY--PERSONAL NAME |
Personal name |
Haron Daud, |
Dates associated with a name |
1952- |
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA) |
Source of classification or shelving scheme |
Dewey Decimal Classification |
Koha item type |
Book |
Suppress in OPAC |
No |