Selamat Datang ke Perpustakaan Mini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

ISTILAH DAN KONSEP PENGUKURAN TRADISIONAL ALAM MELAYU / (Record no. 927)

MARC details
000 -LEADER
fixed length control field 04847pam a2200265 a 4500
001 - CONTROL NUMBER
control field vtls000683067
003 - CONTROL NUMBER IDENTIFIER
control field MBIP
005 - DATE AND TIME OF LATEST TRANSACTION
control field 20241128115851.0
008 - FIXED-LENGTH DATA ELEMENTS--GENERAL INFORMATION
fixed length control field 241128s2012 my | e | a001 0 may
015 ## - NATIONAL BIBLIOGRAPHY NUMBER
National bibliography number M131-01032
020 ## - INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER
International Standard Book Number 9789838615723
Terms of availability paperback
Qualifying information RM79.00
040 ## - CATALOGING SOURCE
Original cataloging agency MBIP
Transcribing agency MBIP
Modifying agency NF
082 04 - DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION NUMBER
Edition number 23
Classification number 959.01
Item number SHA
100 0# - MAIN ENTRY--PERSONAL NAME
Personal name Shaharir Mohamad Zain,
Dates associated with a name 1948-
245 10 - TITLE STATEMENT
Title ISTILAH DAN KONSEP PENGUKURAN TRADISIONAL ALAM MELAYU /
Statement of responsibility, etc. Shaharir Mohamad Zain
264 ## - PRODUCTION, PUBLICATION, DISTRIBUTION, MANUFACTURE, AND COPYRIGHT NOTICE
Place of production, publication, distribution, manufacture Pulau Pinang :
Name of producer, publisher, distributor, manufacturer Penerbit Universiti Sains Malaysia,
Date of production, publication, distribution, manufacture, or copyright notice 2012
300 ## - PHYSICAL DESCRIPTION
Extent x, 438 ms ;
Dimensions 25 cm
500 ## - GENERAL NOTE
General note Mengandungi indeks
504 ## - BIBLIOGRAPHY, ETC. NOTE
Bibliography, etc. note Bibliografi: ms. 417-420
520 ## - SUMMARY, ETC.
Summary, etc. Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu membicarakan unit-unit sukatan yang dapat dijejaki dalam peribahasa rumpun Melayu (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain dalam wilayah Malayonesia / Malayuwiyah). Buat pertama kalinya, kewujudan pelbagai unit sukatan yang piawai, agak piawai dan belum terpiawai dalam sukatan bilangan, jisim atau berat, panjang (kelebaran, ketinggian dan kedalaman), luas, isi padu, dan Masa serta gabungannya yang sesetengahnya mendahului tamadun lain sezamannya, didedahkan secara tuntas. Hal yang lebih menarik lagi ialah paparan banyaknya sukatan perkara-perkara yang subjektif seperti tahap perasaan (kegembiraan, kesedihan, kemurungan dan sebagainya), kekacauan, kekayaan, kemiskinan, kejahatan dan sebagainya yang dalam sains matematik kini dikelaskan sebagai benda-benda yang dibicarakan dalam bidang yang agak besar yang dinamakan sains matematik kabur.

Sesuatu bangsa yang bertamadun semestinya mempunyai unit-unit sukatannya yang tersendiri. Bangsa rumpun Melayu tidak terkecuali. Kesedaran untuk mencungkil unit tradisi Melayu tentunya timbul kerana dalam abad ini nampaknya semua unit sukatan yang dipakai adalah unit asing seperti berikut: (1) sistem metrik yang diimport dari Barat (berasal dari Perancis) seperti kilometer, kilogram dan liter; (2) saki baki sistem Inggeris (bagi Malaysia) seperti kaki (terjemahan kepada foot/feet yang mengikut legenda Inggeris, berupa saiz kaki Raja England abad ke-11 Masihi, Henry I, tetapi yang lebih tepatnya berasal dari Yunani atau Mesir Purba lagi yang dikatakan memang purata sukatan panjang kaki seseorang pada zaman itu; dan batu (terjemahan tidak tepat kepada perkataan Inggeris mile dari Latin, mille, yang bermakna “seribu”, dan berasal dari Roma yang berupa sukatan langkah tentera Roma dahulu) untuk sukatan jarak; ekar (dari Inggeris, acre, perkataan lama Saxon yang bermakna “padang”, iaitu merujuk kepada saiz padang yang mampu dibajak sepagi pada zaman dahulu kala) untuk luas; paun (dari Inggeris, pound, yang berasal dari Latin, pendre yang bermaksud “timbang” dan simbolnya lb dari Latin, libra, yang bermaksud “dacing”; sukatan ini asalnya dari Roma dahulu juga) untuk berat; gelen (daripada gallon yang berasal dari Roma, galeta yang bermaksud “sebaldi penuh”, untuk isipadu cecair).

Pada masa yang sama, masihlah ada saki baki sistem sukatan Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat yang digunakan terutamanya di daerah pedalaman seperti hasta dan depa (untuk jarak, panjang, dalam, tinggi dan luas), kati untuk berat, serta cupak dan gantang untuk isi padu. Malangnya, kesedaran untuk mengkaji unit-unit sukatan Melayu yang semakin pupus dan banyak yang memang telah pupus itu pun nampaknya datang daripada sarjana luar Alam Melayu juga. Malah, beberapa unit sukatan Melayu tradisi pertama kali dirakamkan oleh Frank Swetz. Namun istilah “tradisi” Swetz ini pun sebenarnya bermakna tradisi yang tidaklah cukup lama seperti berabad-abad sebelum penjajahan Barat di Alam Melayu ini.

Kajian unsur-unsur sukatan kabur yang terdapat dalam cerita-cerita penglipur lara Melayu seperti Anggun Cik Tunggal, Malim Deman dan beberapa lagi yang lain juga telah dilakukan oleh beberapa orang sarjana. Kajian-kajian ini telah memperkayakan khazanah yang etnosains Melayu yang selama ini terabai. Sungguhpun begitu, kajian sukatan Melayu menerusi peribahasa Melayu dan sebagainya masih belum dilakukan (sehingga tahun 1999, tarikh buku ini diusahakan), sebagaimana dirakamkan dalam Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu.

Sukatan yang terdapat dalam peribahasa Melayu amatlah menarik kerana ketajaman cerapan pengungkap asalnya yang mampu memberi gambaran banyaknya, saiz, dan keamatan sesuatu kuantiti yang diminati sehingga menjangkau kepada sukatan kuantiti-kuantiti yang subjektif seperti perasaan dan sebagainya. Pengumpulan peribahasa yang dianggap mengandungi unsur-unsur sukatan ini dipilih dari Kamus Peribahasa Lengkap Utusan.
650 10 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Southeast Asia
General subdivision Languages
-- Lexicology
650 20 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Southeast Asia
General subdivision Languages
-- Vocabulary
650 20 - SUBJECT ADDED ENTRY--TOPICAL TERM
Topical term or geographic name entry element Government publications
Geographic subdivision Malaysia
942 ## - ADDED ENTRY ELEMENTS (KOHA)
Source of classification or shelving scheme Dewey Decimal Classification
Koha item type Book
Suppress in OPAC No
Holdings
Withdrawn status Lost status Source of classification or shelving scheme Damaged status Not for loan Collection Home library Current library Shelving location Date acquired Source of acquisition Cost, normal purchase price Total Checkouts Full call number Barcode Date last seen Copy number Cost, replacement price Price effective from Koha item type
Dewey Decimal Classification     Non-Fiction book Perpustakaan MBIP Medini Perpustakaan MBIP Medini General Stacks 11/28/2024 IMS BOOKS TRADING SDN BHD 79.00   959.01 SHA 2012 c.1 00001103 11/28/2024 1 79.00 11/28/2024 Book

Powered by Koha