Apalah erti sebuah cinta andai ianya mengundang kecewa yang berpanjangan. Adi Hamidi seorang lelaki yang pernah dikecewakan oleh Azlin wanita yang disayanginya ketika sama-sama menuntut di pusat pengajian tinggi menjadikannya seorang kasanova. Lantas dia menganggap cinta suci seorang wanita lansung tidak wujud. Teman-teman wanita hanya dijadikan teman bersosial sehinggalah dia digelar 'Buaya Darat Terlaris'. Kapten Mohamad ayah Adi Hamidi terpaksa masuk campur apabila mengetahui sikap anaknya. Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah. Demi menjaga hati dan mendapatkan semula kepercayaan daripada ayah dan keluarganya, Adi Hamidi menerima pernikahan itu.
Atas perkahwinan itu juga ada hati yang terluka, kasih yang disemat di dalam hati bertahun lama akhirnya memakan diri sendiri.
Mampukah Nur Alia mengubah sikap suaminya, walau segulung cinta dipertaruhkan dalam melayari alam rumahtangga? Atau mungkin dia tertewas oleh perasaan kerana kasihnya yang tak bertepi?
There are no comments on this title.