Selamat Datang ke Perpustakaan Mini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Local cover image
Local cover image

PALESTIN : PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH, SOKONGAN TIDAK BERMUSIM / TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG ; KETUA EDITOR Muhammad Ikram Ab Rahman

By: Contributor(s): Material type: TextTextSeries: Publisher: Cyberjaya, Selangor : Pustaka Permata Ummah Sdn. Bhd., [2024]Description: xxv, 289 pages ; 23 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • 9789672739388
Subject(s): DDC classification:
  • 23 956.94 ABD
Summary: Palestin: Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim ialah sebuah karya hasil nukilan seorang ulama’ negarawan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan seorang tokoh gerakan Islam dan aktivis keamanan yang terlibat dalam beberapa siri rundingan misi damai di beberapa buah negara dunia Islam. Buku ini merupakan hasil paduan antara ilmu dengan pengalaman praktikal yang dilalui sendiri oleh beliau sepanjang bergiat dalam gerakan Islam. Dalam buku ini, Tuan Guru membawakan isu yang cukup kompleks dengan cara yang ringkas dan menyeluruh. 78 tahun episod penderitaan rakyat Palestin dirangkumkan dalam satu naskhah yang komprehensif untuk memudahkan buku ini menjadi sumber rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin memahami isu Palestin secara telus dan adil. Buku ini membawa pembaca menelusuri kronologi penindasan dan sejarah pembantaian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin melalui siri perjanjian dan pelan yang bersifat berat sebelah, antaranya Perjanjian Sykes-Picot, Perisytiharan Balfour, Perjanjian Camp David, dan rancangan peta jalan, yang akhirnya membawa kepada normalisasi hubungan dengan Israel dan agenda penyatuan agama-agama Ibrahimiah yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Tujuannya supaya pembaca dapat menilai kembali plot-plot terancang yang disusun untuk melemahkan umat Islam, khususnya rakyat Palestin. Mudah-mudahan, melalui penerbitan naskhah ini, pembaca berhasil memperoleh kefahaman yang tuntas dan jitu mengenai pandangan sarwa Palestin secara menyeluruh, seterusnya membugarkan cita-cita yang kekal bersemarak demi pembebasan bumi al-Quds sebagai kiblat perjuangan akhir zaman.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Collection Call number Copy number Status Date due Barcode
Book Book Perpustakaan MBIP Medini Processing Center Non-Fiction book 956.94 ABD 2024 c.1 (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan

Contains verses from the Qur'an and quotes from the Hadith

Bibliography: pages 288-289

Palestin: Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim ialah sebuah karya hasil nukilan seorang ulama’ negarawan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan seorang tokoh gerakan Islam dan aktivis keamanan yang terlibat dalam beberapa siri rundingan misi damai di beberapa buah negara dunia Islam. Buku ini merupakan hasil paduan antara ilmu dengan pengalaman praktikal yang dilalui sendiri oleh beliau sepanjang bergiat dalam gerakan Islam.

Dalam buku ini, Tuan Guru membawakan isu yang cukup kompleks dengan cara yang ringkas dan menyeluruh. 78 tahun episod penderitaan rakyat Palestin dirangkumkan dalam satu naskhah yang komprehensif untuk memudahkan buku ini menjadi sumber rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin memahami isu Palestin secara telus dan adil.

Buku ini membawa pembaca menelusuri kronologi penindasan dan sejarah pembantaian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin melalui siri perjanjian dan pelan yang bersifat berat sebelah, antaranya Perjanjian Sykes-Picot, Perisytiharan Balfour, Perjanjian Camp David, dan rancangan peta jalan, yang akhirnya membawa kepada normalisasi hubungan dengan Israel dan agenda penyatuan agama-agama Ibrahimiah yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Tujuannya supaya pembaca dapat menilai kembali plot-plot terancang yang disusun untuk melemahkan umat Islam, khususnya rakyat Palestin.

Mudah-mudahan, melalui penerbitan naskhah ini, pembaca berhasil memperoleh kefahaman yang tuntas dan jitu mengenai pandangan sarwa Palestin secara menyeluruh, seterusnya membugarkan cita-cita yang kekal bersemarak demi pembebasan bumi al-Quds sebagai kiblat perjuangan akhir zaman.

There are no comments on this title.

to post a comment.

Click on an image to view it in the image viewer

Local cover image

Powered by Koha