Sinkritisme dalam Wayang Wong Johor / Mohd Kipli Abdul Rahman
Material type:
TextPulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2012Description: ix,177 pages : il. gf. (sbhg.wrn.) ; 24 cmISBN: - 9789838615051
- 22 792.015 MOH
| Item type | Current library | Collection | Call number | Copy number | Status | Date due | Barcode |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Book
|
Perpustakaan MBIP Medini General Stacks | Non-Fiction book | 792.015 MOH 2012 c.1 (Browse shelf(Opens below)) | 1 | Available | 00001371 |
Mengandungi indeks
Bibliografi: ms.[171]-174
Umumnya, teater tradisional di Malaysia dipengaruhi oleh kepercayaan Islam, animisme dan Hindu-Buddha. Percampuran ketiga-tiga pengaruh kepercayaan keagamaan ini memunculkan konsep sinkristisme. Wayang wong yang berasal dari Jawa, Indonesia merupakan salah satu bentuk teater tradisional yang terdapat di negeri Johor, Malaysia yang mengandungi konsep sinkristisme. Konsep ini terkandung dalam aspek kepercayaan yang membentuk kosmologi persembahan wayang wong seperti mitos, mistik, magis dan ritual. Aspek kepercayaan tersebut terkandung dalam cerita wayang wong yang berasaskan epik Mahabhrata dan Ramayana. Selain daripada cerita, aspek kepercayaan terdapat juga dalam struktur persembahan, watak, pelakon, peralatan muzik, kostum, props, dan panggung persembahan wayang wong. Sinkristisme kepercayaan dalam wayang wong pada asalnya dipengaruhi oleh keagamaan Hindu dan animisme. Namun, apabila kesultanan Jawa menerima kemasukan agama Islam maka pengaruh Islam mula diserapkan. Walaupun telah melalui sejarahnya yang panjang, wayang wong yang wujud di negeri Johor kini masih lagi dipengaruhi oleh fahaman Hindu-Buddha dan animisme. Sungguhpun begitu, keagamaan Islam lebih dominan mempengaruhi sinkristisme kepercayaan yang terkandung di dalamnya.
There are no comments on this title.