Selamat Datang ke Perpustakaan Mini Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Rasa Yang Tertinggal /

Siti Khadijah,

Rasa Yang Tertinggal / Siti Khadijah - iii, 607 pages ; 19 cm

“Aku tak suka campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu sukar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”

“Kau jangan nak salahkan aku!”

“Dan kau juga jangan nak salahkan aku!”

Mereka meneruskan apa yang sudah ditakdirkan untuk mereka sehingga mereka bertemu dengan cinta masing-masing. Kemunculan Zarryn menuntut cinta menyebabkan Ryan tersepit dengan perasaannya. Dan luahan rasa Daniel menyebabkan Balqis merasakan seperti berada di awang-awangan.

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik?

9789670246550 RM24.00


Malaysian fiction (Malay)
Malay fiction

PL5139 / .S58 R37 2013

899.2333 / SIT

Powered by Koha